Wanita Malaysia maut beg udara pecah

Wanita Malaysia maut beg udara pecah

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Jun (AP) – Seorang wanita Malaysia maut selepas beg udara dalam kereta Honda Citynya pecah dalam satu perlanggaran kecil, seorang pegawai keselamatan mengatakan hari ini.

Insiden pada Ahad itu berlaku beberapa hari selepas Honda Malaysia mengumumkan satu penarikan balik tambahan ke atas lebih 145,000 buah kenderaan untuk menggantikan gelembung beg udara bahagian penumpang hadapan yang rosak.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Rosdi Hainan mengatakan beg udara roda kemudi pecah semasa dia tiba di tempat kejadian dan mangsa berdarah dari bahagian dadanya.

Menurut Rosdi, wanita itu meninggal dunia sejurus selepas itu.

Seorang mekanik melakukan kerja-kerja pembaikan kereta Honda di sebuah pusat servis di Kuala Lumpur, Malaysia, 27 Jun. Seorang wanita Malaysia maut selepas beg udara dalam kereta Honda Citynya pecah dalam satu perlanggaran kecil, menurut pegawai keselamatan hari ini. – AP

Honda Motor Co. di Tokyo mengatakan ia masih lagi menyiasat kemalangan itu dan tidak mengulas segera mengenainya.

Terdapat penarikan balik besar-besaran melibatkan berjuta-juta kenderaan di seluruh dunia kerana kerosakan gelembung dan alat bahan dorong yang mungkin dipasang tidak betul dalam satu kemalangan, mengeluarkan bahagian besi yang boleh mencedera atau membunuh.

Di seluruh dunia, 11 kematian dikenal pasti dan lebih 100 kecederaan dipersalahkan ke atas gelembung udara pecah buatan Takata.

ARTIKEL YANG SAMA