Wanita mampu terajui syarikat

Wanita mampu terajui syarikat

NEW YORK, 9 Feb – Syarikat yang mana mempunyai 30 peratus pekerja eksekutif wanita, memperoleh enam mata peratusan lebih tinggi dalam keuntungan.

Kesimpulan itu diraih daripada kajian ke atas kira-kira 22,000 syarikat senarai awam di 91 negara dari Mexico ke Norway dan Itali yang dijalankan oleh penyelidik di Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson, pemikir berpangkalan di Washington DC.

Hasil kajian itu mewujudkan perdebatan global mengenai keraguan terhadap peranan wanita dalam membuat keputusan perniagaan.

“Jika anda sebuah syarikat dan anda mengamalkan diskriminasi terhadap pemimpin wanita yang berpotensi, itu bermakna anda pada dasarnya melakukan kerja yang tidak baik dalam memilih pemimpin yang terbaik untuk syarikat anda,” kata Tyler Moran, seorang daripada tiga pengarang bersama kajian itu, dalam satu wawancara.

Keputusan menunjukkan kehadiran wanita dalam kepemimpinan korporat boleh meningkatkan prestasi syarikat.

Syarikat yang mempunyai 30 peratus pekerja eksekutif wanita mendapat peratusan lebih tinggi dalam keuntungan.
Syarikat yang mempunyai 30 peratus pekerja eksekutif wanita mendapat peratusan lebih tinggi dalam keuntungan.

Namun, kajian itu mendapati, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau ahli lembaga wanita tidak mempunyai impak yang nyata ke atas keuntungan.

Hasil kajian selanjutnya menunjukkan tidak semua syarikat melaksanakan dasar yang sama dalam memupuk potensi kepemimpinan wanita. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA