Wanita maut dibaham harimau

Wanita maut dibaham harimau

BEIJING, 24 Julai – Harimau Siberia di taman hidupan liar di Beijing membaham seorang wanita hingga maut dan mencederakan seorang lagi apabila mereka keluar dari kereta mereka dalam kurungan, lapor akhbar kerajaan China.

Seekor harimau menerkam salah seorang wanita itu selepas dia keluar dari kereta persendirian yang mana dia sedang melawat Beijing Badaling Wildlife World semalam, lapor Legal Evening News.

Kerajaan daerah Yanging mengesahkan dalam mikroblog rasmi bahawa serangan harimau itu berlaku di taman berkenaan, yang terletak di kaki Tembok Besar. Ia memberikan beberapa butiran tetapi mengatakan wanita yang tercedera itu sedang dirawat.

Para pelawat dibenarkan memandu kenderaan mereka sendiri sekitar taman itu, tetapi ditegah keluar ketika berada di kurungan-kurungan tertentu, menurut laporan itu.

Seorang wanita yang menjawab panggilan di taman itu enggan mengulas tentang serangan itu dengan hanya mengatakan taman itu ditutup selama dua hari disebabkan ramalan hujan lebat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA