Wanita maut, kereta dinaiki elak langgar anjing

Wanita maut, kereta dinaiki elak langgar anjing

TAWAU, 8 Mac (Bernama) – Seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas lalu terbalik ketika mengelak daripada melanggar seekor anjing semalam.

Mangsa Rhosma Hamid, 61, tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan meninggal di tempat kejadian dalam nahas kira-kira pukul 4:30 petang di Jalan Sungai Burung, Balung.

Menurut polis, pemandu kenderaan tersebut yang berumur 23 tahun dan seorang lagi penumpangnya cedera ringan.