Wanita maut nahas di Lebuh Raya Telisai-Lumut

Wanita maut nahas di Lebuh Raya Telisai-Lumut

Oleh Faza Suraj

 

KUALA BELAIT, 24 Julai –Seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang merupakan salah seorang penumpang daripada sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan kereta semalam, disahkan telah meninggal dunia.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku pada 11:50 pagi di Lebuh Raya Telisai-Lumut menuju ke Daerah Tutong.

Menurut polis, kemalangan itu berlaku berdekatan dengan salah satu daripada pusingan-U berhampiran jalan keluar ke Lumut.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh doktor. Manakala dua lagi mangsa terselamat dan hanya mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan yang mengakibatkan salah seorang penumpangnya meninggal dunia di Lebuh Raya Telisai-Lumut Sabtu lalu.
Kemalangan yang mengakibatkan salah seorang penumpangnya meninggal dunia di Lebuh Raya Telisai-Lumut Sabtu lalu.

Pemandu kereta Mitsubishi Lancer hitam yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dan dilaporkan cedera di telinga kirinya dengan calar pada tangan kanannya dan juga mempunyai kecederaan pada bahagian kanan tulang rusuk dan dada.

Sementara itu, polis juga berkata, penumpang yang berada di belakang kenderaan tersebut adalah seorang wanita tempatan berusia 31 tahun, terselamat dengan mempunyai kesan lebam-lebam di rusuk kiri, patah tangan kanan, calar pada mata kanan dan juga kecederaan di bahagian bibir atas dan dahi.

Mangsa kini di bawah jagaan Unit Rawatan Rapi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA