Wanita maut terjatuh di Banjaran Alps Perancis

Wanita maut terjatuh di Banjaran Alps Perancis

GRENOBLE, Perancis, 5 Sept – Seorang wanita Jerman berusia 62 tahun maut selepas terjatuh ketika mendaki di Banjaran Alps Perancis semalam, kata perkhidmatan penyelamat gunung.

Kemalangan itu berlaku pada ketinggian 1,800 meter (5,900 kaki) di Massif des Ecrins, dekat tenggara Perancis, ketika wanita berkenaan dikatakan sedang menuruni cerun sebelum hilang keseimbangan dan jatuh setinggi 50 meter.

“Beliau sedang berjalan turun melalui jalan yang sangat licin dengan bantuan kabel di sepanjang laluan itu,” kata penyelamat.

Apabila jatuh, mangsa terikat pada tali yang bersambung dengan pendaki lain yang ditemui selamat, katanya. – AFP