Wanita menang kerusi dalam undian Saudi

Wanita menang kerusi dalam undian Saudi

RIYADH, 13 Dis (AFP) – Kira-kira tujuh wanita memenangi kerusi majlis perbandaran di Arab Saudi dalam pilihan raya pertama yang terbuka kepada para pengundi dan calon wanita, menurut pegawai hari ini, dalam mercu tanda bagi kerajaan Muslim yang konservatif.

Salma bint Hizab al-Oteibi salah seorang antaranya yang dipilih menjadi anggota majlis di bandar suci Mekah, lapor berita SPA, memetik presiden suruhanjaya pilihan raya Osama al-Bar.

Beliau sedang bertanding menyaingi tujuh lelaki dan dua wanita pada undian kelmarin, tambahnya.

Keputusan lain juga dijangka diumumkan hari ini.

Arab Saudi adalah sebuah kerajaan berperlembagaan mutlak dengan beberapa sekatan paling ketat di dunia mengenai wanita, termasuk pengharaman memandu kereta.

Ia adalah negara terakhir yang membenarkan lelaki mengundi sahaja, dan stesen pengundian diasingkan ketika pengundian semalam.

Di antara 6,440 calon, terdapatnya lebih 900 wanita, yang mengatasi beberapa halangan untuk mengambil bahagian dalam pengundian bersejarah itu.

Calon wanita tidak boleh bertemu dengan mana-mana pengundi lelaki ketika kempen, sementara lelaki mahupun wanita tidak boleh menyiarkan gambar mereka.

Pengundi wanita berkata pendaftaran dihambat oleh faktor termasuk halangan birokratik dan kekurangan pengangkutan.

Akibatnya, wanita menyumbang kepada kurang 10 peratus daripada pengundi berdaftar dan beberapa calon wanita dijangka dipilih.

Menurut data suruhanjaya pilihan raya, hampir 1.5 juta orang berusia 18 tahun dan lebih telah mendaftar bagi pilihan raya itu.

Ini termasuk kira-kira 119,000 wanita, daripada sekitar penduduk Saudi hampir 21 juta.

Kira-kira satu bahagian daripada negara itu melaporkan jumlah kehadiran wanita melebihi 80 peratus, menurut data rasmi.

Di rantau pergunungan Baha, di barat daya kerajaan itu, seramai 946 wanita telah mengundi, menurut suruhanjaya pilihan raya tempatan yang dipetik oleh SPA.

Dengan sekitar 1,146 wanita mendaftar, yang ditafsirkan menjadi kehadiran 82.5 peratus.