Wanita mengandung ‘dilarang’ saksi Olimpik Rio

Wanita mengandung ‘dilarang’ saksi Olimpik Rio

GENEVA, 2 Feb – Brazil mengeluarkan amaran kepada wanita yang mengandung supaya menjauhi Sukan Olimpik selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkan darurat antarabangsa terhadap penularan virus Zika, yang bakal menyebabkan kecacatan otak bayi.

Badan kesihatan United Nations (UN) berkata kes ‘microcephaly’-yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala dan otak yang kecil daripada kebiasaan-dikaitkan dengan penularan virus yang berpunca daripada gigitan nyamuk itu dan mengisytiharkan keadaan itu sebagai “darurat kesihatan awam antarabangsa”.

Ia membabitkan amaran kepada Brazil, yang hanya enam bulan sebelum bermulanya majlis pembukaan Sukan Olimpik pada 5 Ogos depan di Rio de Janeiro.

“Risikonya yang saya katakan adalah serius bagi wanita yang mengandung.

Ia jelas sekali tidak menggalakkan anda (untuk berkunjung ke temasya itu) kerana anda pasti tidak mahu mengambil risiko itu,” kata ketua pegawai kepada Presiden Brazil Dilma Rousseff, Jaques Wagner.

Wagner bagaimanapun tidak mahu atlet dan penonton yang hadir ke Olimpik bimbang terhadap virus itu jika mereka tidak mengandung.

“Saya difahamkan tiada siapa perlu takut jika anda tidak mengandung,” katanya.

Bagaimanapun, sebilangan pegawai kesihatan menyalahkan virus Zika yang menyebabkan sindrom Guillain-Barre, menyebabkan ketidaktentuan dalam sistem imunisasi badan yang menyerang sistem saraf, sekali gus menyebabkan lemah dan kadang kala boleh mengakibatkan lumpuh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA