Wanita mengandung ditembak di selatan Thai

Wanita mengandung ditembak di selatan Thai

PATTANI, 27 Nov – Seorang wanita yang mengandung sembilan bulan mati manakala rakannya parah akibat ditembak ketika mereka sedang menaiki motosikal di Palas, Panarek di sini malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan Balai Polis Panarek, Kapten Norawit Thongsod berkata kejadian berlaku pada pukul 7:20 malam yang membunuh Rattikan Chawang, 26, dan mencederakan rakan wanitanya Saijai Thongdee, 26.

“Kedua-dua mangsa ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali yang juga menaiki motosikal ketika mereka sedang membeli ayam goreng dari gerai yang terletak hanya 200 meter dari pos keselamatan Renjer,” katanya.

Beliau berkata pihak doktor cuba menyelamatkan anak dalam kandungan mangsa tetapi gagal. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA