Wanita mengandung kedua didiagnos virus Zika

Wanita mengandung kedua didiagnos virus Zika

MELBOURNE, 12 Feb – Wanita mengandung kedua didiagnos dengan virus Zika di Australia. Pengesahan itu diterima selepas seorang wanita mengandung dari Victoria, Queensland didiagnos pada Selasa lalu dengan virus disyaki boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi yang baharu lahir seperti di Brazil.

Menteri Kesihatan Victoria, Jill Hennessy berkata, kes terbaharu itu membabitkan wanita dari Victoria. “Seorang wanita Victoria sudah didiagnos minggu ini dengan virus Zika selepas kembali dari negara di mana virus itu tersebar luas.

“Bagaimanapun, virus Zika tidak merebak menerusi nyamuk di Australia dan tiada risiko kepada masyarakat.

“Namun, kita menasihati orang ramai terutama wanita mengandung supaya tidak pergi ke negara yang terdapat wabak Zika,” katanya.

Tiga kes virus itu sudah disahkan di Queensland tahun ini dan dua di New South Wales. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA