Wanita Mesir buat bantahan

Wanita Mesir buat bantahan

KAHERAH, 22 Jun (Agensi) – Puluhan wanita mengadakan perhimpunan di luar istana presiden Mesir kelmarin, mencabar satu undang-undang yang menyekat bantahan dan menyuarakan untuk melepaskan ribuan banduan yang dipenjara disebabkan melanggar undang-undang tersebut.

Penganjur berkata mereka tidak meminta kebenaran awal daripada pihak berkuasa untuk melakukan perhimpunan dekat istana presiden Abdel-Fattah el-Sissi.

Pihak polis membentuk kepungan di sekitar wanita-wanita, yang menunjukkan gambar-gambar tahanan. Beberapa penunjuk perasaan menaikkan kain rentang yang dibaca: “Ramadan tidak sama tanpa kamu,” merujuk kepada bulan suci Islam di mana umat Islam berpuasa yang membawa ahli keluarga bersama.

Undang-undang bantahan, dilaksanakan sejak 2013, adalah menjadi kesalahan perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran awal pihak polis dan mengenakan denda besar dan hukuman penjara kepada pesalah.

Para aktivis berkata undang-undang itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik. Ribuan orang telah ditahan atas undang-undang tersebut dengan beberapa dihukum selama 15 tahun disebabkan membuat bantahan dan didakwa menggunakan kekerasan.

Para wanita Mesir mempamerkan gambar orang yang telah ditahan melanggar undang-undang bantahan negara tersebut.
Para wanita Mesir mempamerkan gambar orang yang telah ditahan melanggar undang-undang bantahan negara tersebut.

Pembela hak-hak wanita terkenal Yara Sallam dan aktivis Sanaa Seif, yang berasal dari keluarga yang terkenal dengan pejuang hak asasi, telah ditahan setahun lalu di luar istana berkenaan atas membantah undang-undang tersebut dan sedang menjalani hukuman dua tahun bersama 21 aktivis yang lain.

Beberapa yang berada dalam bantahan itu kelmarin menyiarkan pada akaun Twitter mereka bahawa wartawan diganggu, dengan salah seorang berkata gambar yang dibawanya dipadam oleh pihak polis. Bagaimanapun tiada laporan tangkapan dilaporkan.

ARTIKEL YANG SAMA