Wanita miliki rokok seludup, didenda $1,600

Wanita miliki rokok seludup, didenda $1,600

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan seorang wanita tempatan untuk membayar denda $1,600 selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan Siti Noorernie Yusnita binti Haji Puspa Wira untuk membayar denda itu dalam bentuk ansuran berjumlah $150 setiap bulan atau berdepan dua bulan penjara jika gagal membayar.

pg06_150826_mahkamah logo2

Defendan didakwa memiliki 35 paket rokok dalam tin biskut yang disimpan di bawah almari di rumahnya di Kampung Kilanas ketika serbuan dijalankan oleh anggota pencegah kastam pada 16 Februari 2015 sekitar jam 3 petang.

Serbuan dijalankan setelah menerima maklumat daripada orang ramai mengenai penjualan rokok di rumah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA