Wanita M’sia bayar denda miliki minuman keras

Wanita M’sia bayar denda miliki minuman keras

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Seorang wanita warga Malaysia terlepas daripada menjalani hukuman penjara selama enam minggu sebaik sahaja dia membayar denda $1,500 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki minuman keras yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.

Toh Mei Choo, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin kerana memiliki 28 tin dan enam botol minuman keras pada 14 Jun 2016.

Perbuatan defendan me-nyimpan minuman keras di kediamannya di Jalan Mulaut Limau Manis itu diketahui oleh pegawai pencegah kastam yang membuat serbuan di mana mereka menemui minuman keras di bilik tidur dan dalam peti sejuk.

Defendan mengaku membeli minuman keras itu di Limbang pada harga $75 untuk dirinya.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah ba-hawa cukai yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk membawa masuk minuman keras itu ialah $92.

Majistret Kanan memerintahkan kesemua minuman keras yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.