Wanita muda gunakan peluang sebaiknya

Wanita muda gunakan peluang sebaiknya

SYDNEY, 6 Mei (AFP) – Polis Australia mendakwa seorang wanita berusia 21 tahun dengan tuduhan melakukan penipuan selepas dia dikatakan membelanjakan AS$3.4 juta yang telah salah dimasukkan oleh pihak bank, dengan kebanyakan wang dilaporkan digunakan untuk membeli beg-beg tangan.

Wanita itu, yang didedahkan dalam media Sydney sebagai pelajar kejuruteraan kimia berasal dari Malaysia, Christian Jiaxin Lee, dilaporkan banyak menghabiskan wang itu pada sewa pangsapuri mewah, beg-beg berjenama dan barangan mewah lain selepas bank Australia memberikannya overdraf tidak terhad ke dalam akaun simpanannya.

“Begitu banyak beg tangan,” majistret Lisa Stapleton berkata semalam, menurut Daily Telegraph, Sydney.

Pihak polis memberkas wanita itu ketika dia cuba menaiki penerbangan ke Malaysia pada malam Rabu lalu.

Menurut mereka wanita itu didakwa dengan tidak jujur memperoleh kelebihan kewangan dengan penipuan dan dengan menyedari berurusan dengan hasil kutipan jenayah.

“Polis akan mendakwa wanita itu memperoleh kelebihan kewangan secara tidak sah apabila dia mengeluarkan lebih banyak wang dari akaunnya melalui Aus$4.6 juta,” menurut mereka dalam satu kenyataan.

Laporan mengatakan Lee, yang telah dibebaskan dengan ikat jamin, dikatakan telah membelanjakan wang itu antara Julai 2014 dan April 2015 dan kira-kira Aus$3.3 juta tidak ditemui.

Stapleton mempersoalkan sama ada wang tunai itu boleh dianggap ‘hasil kutipan jenayah’ dengan mengatakan ‘itu adalah wang yang kita semua impikan.”

Kes itu ditangguhkan hingga 21 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA