Wanita Myanmar ditahan edar 19kg dadah

Wanita Myanmar ditahan edar 19kg dadah

KUNMING, China, 24 Feb (NNN) – Seorang wanita Myanmar telah ditahan kerana disyaki mengedar dadah di barat daya China, Wilayah Yunnan, kata polis tempatan Selasa lalu.

Polis dengan masyarakat wilayah Longchuan berkata, mereka telah merampas 19 kilogram candu dari wanita itu, selepas mendapat maklumat yang membawa kepada penahanan beliau pada Ahad lalu.

Suspek katanya telah membawa dadah itu dari luar negara dan merancang untuk menjualnya di wilayah Dehong, wilayah tadbir Longchuan. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

China telah meningkatkan usaha dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk mengawal penghantaran dadah haram di Yunnan, dalam misi negara untuk membenteras dadah haram.

ARTIKEL YANG SAMA