Wanita Palestin letupkan bom kereta

Wanita Palestin letupkan bom kereta

BAITULMUQADDIS, 11 Okt – Seorang wanita warga Palestin telah meletupkan bom kereta hari ini di Pos Pemeriksaan di Tebing Barat, dalam cubaan serangan berani mati yang telah mengorbankannya dan seorang lagi pegawai Israel cedera, kata polis.

Anggota polis itu ternampak kenderaan “mencurigakan” berhampiran penempatan Israel di Maale Adumim dan mengarahkan wanita itu untuk berhenti. Sambil menghampiri, dia menjerit “Allah Maha Besar” dalam bahasa Arab dan meletupkan bom tersebut, kata mereka.

Polis pada mulanya berkata bahawa wanita itu telah meninggal dunia dalam serangan itu, tetapi kemudian menyatakan bahawa dia masih hidup dan telah mengalami kecederaan yang serius. Manakala anggota polis yang terbabit cuma mengalami kecederaan ringan. – AFP