Wanita Perancis cabar mahkamah tinggi India

Wanita Perancis cabar mahkamah tinggi India

NEW DELHI, 28 April – Mahkamah tinggi India hari ini menolak cabaran seorang wanita Perancis untuk dihantar pulang ke Chile, di mana beliau dikehendaki berhubung pembunuhan seorang penyokong utama rejim tentera Jeneral Augusto Pinochet.

Chile berusaha menghantar pulang Marie-Emmanuelle Verhoeven, dalam lingkungan umur 50an, atas peranan beliau dalam satu komplot untuk membunuh Senator Jaime Guzman Errazuriz pada 1 April 1991.

Polis India menahannya pada 16 Februari tahun lalu ketika beliau memasuki negara melalui darat dari Nepal, dan beliau telah ditahan di penjara Tihar yang dikawal ketat di New Delhi sejak itu.

Verhoeven, yang telah memberitahu pihak berkuasa beliau melawat India untuk melawat tempat suci Buddha, telah mencabar satu perjanjian di antara India dan Chile yang membenarkannya dihantar pulang.

Peguam mempertikaikan bahawa perjanjian yang wujud sejak 1800 tidak mengikut perlembagaan disebabkan ia tidak disahkan selepas pemisahan India pada 1947.

Namun Mahkamah Tinggi dalam satu keputusan bertulis hari ini memutuskan menyokong kerajaan India yang berkata ia masih sah, kata peguamnya Ramni Taneja. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA