Wanita Perancis didakwa meracuni 4 warga tua

Wanita Perancis didakwa meracuni 4 warga tua

PERANCIS, 30 Jun (AFP) – Seorang wanita Perancis telah didakwa dan direman dalam tahanan kelmarin atas tuduhan menggoda dan membunuh seorang lelaki tua dan meracun tiga yang lain di Fench Riviera.

Patricia Dagorn, yang kini mencecah umur 50, masih dalam waktu dipenjarakan untuk tempoh lima tahun atas kesalahan mencuri, penipuan dan penculikan berkenaan seorang guru balu berusia 88 tahun.

Satu sumber dalam satu penyiasatan berkata dia telah dibawa keluar dari penjara untuk secara rasmi didakwa atas kesalahan “meracun menggunakan perubatan” dalam kes pertama pada 2011 dan membunuh untuk pembunuhan kedua pada tahun yang sama di selatan persisiran bandar Nice.

Dia juga berdepan dakwaan “mengendalikan bahan berbahaya dengan perubatan kepada orang yang lemah” dalam dua lagi kes pada 2011-2012, sementara berkemungkinan kes kelima yang masih dalam penyiasatan, menurut sumber yang sama.

Peguam Dagornm Cedric Huissoud, memberitahu AFP: “Dia menafikan kesemua tuduhan terhadapnya.”