Wanita pertama Jepun beri penghormatan kepada mangsa Pearl Harbor

Wanita pertama Jepun beri penghormatan kepada mangsa Pearl Harbor

TOKYO, 22 Ogos – Wanita pertama Jepun telah mengunjungi Pearl Harbor buat pertama kalinya untuk memberi penghormatan kepada para mangsa serangan Jepun 75 tahun lalu.

Akie Abe berkata dalam entri Facebook hari ini yang dia telah meletakkan bunga dan berdoa di Memorial USS Arizona.

“Saya meletakkan bunga dan berdoa,” tulisnya dalam mesej pendek.

Dalam salah satu daripada beberapa gambar yang juga disiarkan dalam laman Facebooknya, wanita pertama Jepun itu bergambar dengan veteran Amerika yang terselamat dalam serangan itu.

Dia tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai kunjungannya itu di tengah-tengah spekulasi tentang lawatan serupa daripada suaminya, Perdana Menteri Shinzo Abe.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga menyedari yang wanita pertama itu berada di Hawaii untuk menghadiri persidangan alam sekitar. Suga juga enggan untuk memberi komen, berkata dia membuat kunjungan peribadi.

Spekulasi tentang kemungkinan lawatan Perdana Menteri Abe ke Pearl Harbor telah meningkat sejak Presiden AS, Barack Obama memberi penghormatan kepada mangsa pengeboman atom AS di Hiroshima pada Mei. – AP

ARTIKEL YANG SAMA