Wanita pertama Jepun lawat tanah perkuburan perang

Wanita pertama Jepun lawat tanah perkuburan perang

TOKYO, 29 Dis – Wanita pertama Jepun Akie Abe berkata beliau sekali lagi melawat tanah perkuburan perang Yasukuni yang berkontroversi di Tokyo, dengan menghantar gambar-gambar yang memaparkan perkuburan itu pada hari yang sama Jepun dan Korea Selatan memeterai perjanjian bersejarah berhubung hamba seks sewaktu peperangan.

‘Lawatan terakhir saya tahun ini,’ Abe, isteri Perdana Menteri Shinzo Abe, menulis semalam di halamannya di Facebook, juga menyatakan tahun ini adalah ulang tahun ke 70 berakhirnya Perang Dunia II.

Tanah perkuburan itu menempatkan berjuta-juta orang yang terkorban dalam peperangan Jepun, termasuklah beberapa anggota kanan tentera dan anggota politik yang disabitkan kesalahan jenayah perang selepas Perang Dunia II dan lawatan orang terkenal telah mengundang kemarahan musuh-musuh pada waktu peperangan, China dan Korea Selatan. Abe, yang terkenal sebagai penggemar kebudayaan Korea Selatan, tidak mendedahkan sebenarnya bila dia melawati perkuburan itu. penghantaran gambar di halamannya di Facebook disertai dua gambar bangunan perkuburan itu.

Menurut laman Facebook Abe, dia juga melawat perkuburan itu pada Mei dan Ogos tahun ini.

Pengumuman lawatan terkini wanita pertama itu diadakan ketika Jepun dan Korea Selatan mencapai perjanjian berhubung isu-isu emosi dan yang menimbulkan perbalahan iaitu hamba seks waktu peperangan – yang dikenali dalam bahasa eufemistis sebagai ‘wanita peneman’ – yang telah lama menyuramkan hubungan. Semalam Jepun berkata ia menawarkan satu bilion yen untuk membantu para mangsa dan permohonan maaf dari perdana menteri. – AFP

Anggota polis Korea Selatan (kiri) berjaga berhampiran patung (depan) seorang gadis remaja dalam pakaian tradisional yang dikenali sebagai ‘Tugu Keamanan’ bekas ‘keselesaan wanita’ yang berkhidmat sebagai hamba seks tentera Jepun semasa Perang Dunia II, di hadapan kedutaan Jepun di Seoul. – AFP
Anggota polis Korea Selatan (kiri) berjaga berhampiran patung (depan) seorang gadis remaja dalam pakaian tradisional yang dikenali sebagai ‘Tugu Keamanan’ bekas ‘keselesaan wanita’ yang berkhidmat sebagai hamba seks tentera Jepun semasa Perang Dunia II, di hadapan kedutaan Jepun di Seoul. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA