Wanita pertama lulus Sekolah Renjer AS

Wanita pertama lulus Sekolah Renjer AS

WASHINGTON, 18 Ogos – Dua wanita Amerika Syarikat pada Jumaat ini bakal muncul sebagai tentera wanita pertama lulus daripada Sekolah Renjer elit yang menyediakan keanggotaan bagi pasukan komando AS, menurut tentera.

Para graduan program latihan Sekolah Renjer adalah antara yang paling mencabar dalam Ketenteraan Amerika Syarikat, dan mampu menyertai Rejimen Renjer Ke-75, pasukan operasi komando elit.

Bagaimanapun buat masa ini kedua-dua wanita terbabit masih belum dapat berkhidmat dengan rejien berkenaan, yang masih belum menarik balik pengharamannya ke aras tentera wanita, walaupun sejumlah unit khas tentera sudah pun member laluan kepada wanita untuk berkhidmat dengan mereka.

Sekolah Renjer tersebut mengalu-alukan pembabitan wanita bagi kali pertama tahun ini, berikutan permintaan Presiden Barack Obama pada 2013 agar Pentagon mengarahkan semua cawangan tenteranya membuka pintu bagi peranan tentera wanita dalam barisan hadapan menjelang 2016. – AFP