Wanita Singapura dicengkam ketidaksamaan gender

Wanita Singapura dicengkam ketidaksamaan gender

SINGAPURA – Kaum wanita di Singapura mempunyai banyak peluang untuk pekerjaan serta gaji yang tinggi berbanding di Malaysia namun mereka masih dicengkam keresahan. Bagi mereka masih wujud isu ketidaksamaan gender dalam dunia penggajian di republik itu.

Meskipun kaum hawa di Singapura boleh dikatakan berjaya menyandang jawatan tinggi di semua sektor pekerjaan dan menerima layanan yang sama dalam organisasi mereka, namun jauh di lubuk hati ada yang masih percaya wujudnya ketidaksamaan gender.

Firma perekrutan global, Randstad baru-baru ini mengeluarkan laporan ‘Workmonitor’ iaitu laporan suku ketiga tahun 2016 dan antara kandungannya menyentuh isu kesamaan gender di tempat kerja.

Laporan itu mendedahkan bahawa 81 peratus pekerja Singapura berasa semua pekerja baik lelaki atau perempuan menerima layanan yang sama di organisasi masing-masing.

Peratusannya setanding dengan purata global meskipun lebih rendah berbanding Hong Kong (85 peratus) dan malahan Malaysia (86 peratus).

Bukan itu sahaja, ramai yang percaya ketidaksamaan gender bermula daripada masa seseorang itu memohon pekerjaan dan berterusan sehingga kepada kenaikan pangkat.
Bukan itu sahaja, ramai yang percaya ketidaksamaan gender bermula daripada masa seseorang itu memohon pekerjaan dan berterusan sehingga kepada kenaikan pangkat.
Laporan itu mendedahkan bahawa 81 peratus pekerja Singapura berasa semua pekerja baik lelaki atau perempuan menerima layanan yang sama di organisasi masing-masing.
Laporan itu mendedahkan bahawa 81 peratus pekerja Singapura berasa semua pekerja baik lelaki atau perempuan menerima layanan yang sama di organisasi masing-masing.

Laporan itu seakan menyatakan tidak ada masalah di tempat kerja dari segi kesamaan gender tetapi keadaan nampak berbeza jika diteliti pandangan responden berlainan jantina.

Hanya 77 peratus responden perempuan berasa mereka menerima layanan yang sama di tempat kerja.

Ini berbanding dengan 86 peratus reaksi responden lelaki yang jelas menunjukkan kaum wanita masih sangsi bagaimana mereka dilayan di tempat kerja.

Bermula dari awal lagi

Bukan itu sahaja, ramai yang percaya ketidaksamaan gender bermula daripada masa seseorang itu memohon pekerjaan dan berterusan sehingga kepada kenaikan pangkat.

Oleh yang demikian, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila hanya 72 peratus wanita bersetuju bahawa kedua-dua gender menerima layanan yang sama apabila memohon kerja atau meminta kenaikan pangkat.

Ini berbanding dengan 80 peratus reaksi responden lelaki.

Mengenai soal ganjaran, 81 peratus pekerja Singapura yang ditinjau pandangan mereka berpandangan kedua-dua gender diberi ganjaran yang sama untuk jawatan yang serupa. Keadaan ini tidak jauh bezanya dengan keadaan di Hong Kong (81 peratus), Malaysia (83 peratus) dan pekerja global (79 peratus).

Bagaimanapun, jika dilihat kepada reaksi responden perempuan, hanya 75 peratus berpendapat kedua-dua gender diberi ganjaran yang sama untuk jawatan yang sama.

Meskipun kaum hawa di Singapura boleh dikatakan berjaya menyandang jawatan tinggi di semua sektor pekerjaan dan menerima layanan yang sama dalam organisasi mereka, namun jauh di lubuk hati ada yang masih percaya wujudnya ketidaksamaan gender.
Meskipun kaum hawa di Singapura boleh dikatakan berjaya menyandang jawatan tinggi di semua sektor pekerjaan dan menerima layanan yang sama dalam organisasi mereka, namun jauh di lubuk hati ada yang masih percaya wujudnya ketidaksamaan gender.
Hanya 77 peratus responden perempuan berasa mereka menerima layanan yang sama di tempat kerja.
Hanya 77 peratus responden perempuan berasa mereka menerima layanan yang sama di tempat kerja.

Sementara itu, tinjauan dengan responden lelaki mencatat 87 peratus berpendapat kedua-dua gender menerima ganjaran yang sama.

Jaya Dass, Pengarah untuk Randstad Singapore, Jaya Dass berkata hasil tinjauan menunjukkan jurang yang besar antara sentimen kedua-dua gender.

Beliau beranggapan sikap yang ditunjukkan oleh pekerja perempuan di Singapura berkemungkinan kerana kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesamaan gender.

“Kesedaran ini mungkin kerana isu ini banyak diperkatakan dalam persekitaran perniagaan di Singapura. Untuk itu adalah penting untuk organisasi menimbangkan hasil penyelidikan kesamaan gender apabila menyusun strategi sumber manusia mereka.”

“Ini untuk menjamin nama gah syarikat akan terus menarik bakat baru dan mengekalkan pekerja yang ada untuk melonjakkan prestasi perniagaan,” tambah Dass.

Randstad Workmonitor dilancarkan di Netherlands pada tahun 2003 adalah terbitan suku tahunan dan kini meliputi 34 negara di seluruh dunia. Firma ini adalah antara firma pengrekrutan terbesar dunia di samping menyediakan khidmat sumber manusia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA