Wanita Taiwan dijangkiti Zika

Wanita Taiwan dijangkiti Zika

TAIPEI, 9 Okt – Seorang wanita Taiwan yang membuat lawatan ke Malaysia bersama kumpulan pelancongan lain pada lewat September telah disahkan dijangkiti virus Zika, kata pusat kawalan penyakit Taiwan hari ini.

Ia adalah kes yang kesepuluh jangkitan virus Zika yang diimport di Taiwan, menurut pusat itu.

Wanita, berumur 50 tahun itu, mengalami simptom-simptom termasuk sakit kepala, ruam dan sakit otot pada 5 Oktober dan mendapat kemudahan perubatan pada hari berikutnya selepas demam, menurut pusat itu, dan berkata perempuan itu telah diminta mengelakkan gigitan nyamuk dan mengasingkan dirinya sehingga 16 Oktober.

Ia menunjukkan bahawa wanita itu dijangkiti virus itu di Malaysia, menurut pusat tersebut. Pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah pencegahan dan akan terus memantau kesihatan bagi 71 orang rombongan lain bagi kumpulan pelancongan tersebut sehingga 10 Oktober, katanya. – Xinhua

Gambar fail 10 September 2016 menunjukkan nyamuk Aedes aegypti. Seorang wanita Taiwan yang membuat lawatan ke Malaysia bersama rombongan pelancongan lainnya pada lewat September telah disahkan dijangkiti virus Zika kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA