Wanita tanggal baju dilepas dengan bon kelakuan baik

Wanita tanggal baju dilepas dengan bon kelakuan baik

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial tahun lalu dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Persana Avril Sollunda, 34, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah. Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan hari ini.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap sebulan sekali untuk pemeriksaan air kencing bagi mengesan kandungan alkohol atau dadah.

“Jika kamu melanggar syarat yang ditetapkan dalam tempoh dua tahun, kamu boleh dikenakan hukuman mengikut pertuduhan asal,” kata Nur’Aminahtul Mardiah. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA