Wanita tempatan di penjara 6 bulan

Wanita tempatan di penjara 6 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Seorang wanita warga tempatan terpaksa meringkuk di penjara selama enam bulan bermula hari ini, selepas gagal membayar denda $3,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret atas kesalahan mengambil dadah pada 2013.

pg06_160627_mahkamah logo2

Siti Hawa binti Mohamed, 29, diberkas pada 20 Mac 2013 di Kampung Kota Batu di mana ujian air kencing yang diambil darinya setelah dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine. Tertuduh mengaku telah mengambil dadah pada malam sebelum dia ditangkap.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani pemulihan di Pusat Al-Islah selepas menjalani hukuman penjara.