Wanita tempatan didakwa akibat curi kereta

Wanita tempatan didakwa akibat curi kereta

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Seorang wanita tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri kereta.

Noormarlianti binti Haji Omar, 34 didakwa mencuri Toyota Vios di Jalan Kumbang Pasang pada petang 20 November 2016.

Timbalan Pendakwa Raya Vuina Song mengemukakan tuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh diberkas pada 21 November dan memohon untuk dia ditahan reman di Balai Polis Muara untuk siasatan.

Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan kes untuk disebut semula pada 26 November.

ARTIKEL YANG SAMA