Wanita tempatan didenda, miliki rokok seludup

Wanita tempatan didenda, miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Kerana memiliki rokok seludup, seorang wanita tempatan dijatuhi denda $3,600 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atau berdepan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Nur Istiqamah binti Puteh, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain atas pertuduhan memiliki 10 karton dan 17 paket rokok pelbagai jenama di kediamannya di Perpindahan Lambak Kanan pada 9 Jun 2015 kira-kira jam 10 pagi.

“Bagaimana kamu membayar denda itu,” tanya Majistret Kanan kepada defendan yang mempunyai seorang anak.

pg06_150705_mahkamah logo2

“Saya akan membayar $1,000 hari ini sementara bakinya, saya akan membayar $500 sebulan,” jawab defendan yang terdahulu telah merayu kepada mahkamah supaya hukuman diringankan memandangkan dia tidak bekerja.

Berdasarkan fakta kes, pegawai pencegah kastam membuat pemeriksaan ke kediaman defendan dan menemui rokok-rokok itu disimpan dalam beg kitar semula di bilik tidur dan juga di dalam beg tangan berwarna hitam.

Defendan mengaku kesemua rokok itu adalah miliknya di mana dia membelinya daripada seorang rakan yang dikenali dengan ‘Abang’ pada harga $13 ke $15 bagi satu karton.

ARTIKEL YANG SAMA