Wanita tempatan kena denda $4,000

Wanita tempatan kena denda $4,000

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Gara-gara memiliki rokok yang tidak diisytiharkan, seorang wanita tempatan dijatuhi denda $4,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Siti Nurul Diana binti Anuar, 27, mengaku bersalah kerana memiliki 13 karton rokok di dalam keretanya ketika ditahan di Pos Kastam Kuala Lurah pada 28 November 2013.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bagaimanapun memberi peluang kepada defendan dengan memerintahkannya untuk membayar denda itu secara ansuran iaitu $500 setiap bulan sehingga habis pembayaran.

Jika gagal membuat sebarang pembayaran, defendan akan dipenjarakan selama enam bulan.

pg06_160427_mahkamah logo2

Defendan didapati menyimpan rokok-rokok itu di bahagian letak kaki penumpang depan dan juga dalam but kereta ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pemeriksa kastam di pos kawalan berkenaan.

Fakta kes daripada Pegawai Pendakwa Kastam menyebut, defendan mengaku membeli kesemua rokok itu di Limbang pada harga $50 di mana rokok itu adalah kepunyaannya dan juga keluarganya.

Duti eksais untuk kesemua rokok itu ialah $580.

ARTIKEL YANG SAMA