Wanita tempatan maut dalam kemalangan

Wanita tempatan maut dalam kemalangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

TEMBURONG, 11 Jan – Seorang wanita warga tempatan meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dalam satu kejadian kemalangan di Kampung Buda-Buda, di sini, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat  cawangan Temburong, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 2:36 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 2:42 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Temburong mengerahkan sebuah jentera bomba AU yang melibatkan empat orang anggota bomba dari Balai Bomba Bangar dan sebuah kereta dari Balai Bomba Rataie bersama lima orang anggota bomba.

Keadaan kereta yang remuk selepas kemalangan sendiri tersebut.
Keadaan kereta yang remuk selepas kemalangan sendiri tersebut.

Sejurus tiba di tempat kejadian mangsa masih terperangkap di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang kemudian terus dikejarkan ke Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam menggunakan ambulans hospital berkenaan.

Setelah rawatan lanjut mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di hospital berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA