Wanita tertua di Jerman meninggal dunia pada usia 111 tahun

Wanita tertua di Jerman meninggal dunia pada usia 111 tahun

LUDWIGSHAFEN, Jerman, 19 Mei – Orang paling tua di Jerman telah meninggal dunia di bandar Ludwigshafen pada usia 111 tahun, kata anak lelakinya lewat semalam.

Charlotte Klamroth meninggal dunia pada Sabtu di kediamannya di bandar Mannheim barat Jerman, ujar anak lelakinya kepada dpa.

Klamroth dilahirkan pada 18 Ogos 1903. Beliau menjadi orang paling tua di Jerman apabila Johanna Klink meninggal dunia pada Februari ketika usianya 112 tahun.

Menurut Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Amerika Syarikat (AS), Klamroth adalah orang tertua ke-44 di dunia. Berada dalam senarai teratas pada masa ini ialah Jeralean Talley, 115 dari AS. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA