Wanita Thailand kena 4 bulan penjara

Wanita Thailand kena 4 bulan penjara

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160927_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini, atas kesalahan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini.

Nutchanart Thamklang, 38, dari Nakhon Ratchasima, Thailand, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kerana tinggal selama 132 hari di negara ini selepas pas melawat yang diberikan kepadanya mansuh pada 14 Mei 2016.

Tertuduh diberkas pada 24 September oleh anggota polis yang menjalankan serbuan di kawasan Jerudong.

Nutchanart yang gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diserahkan kepada pihak imigresen di mana sistem pangkalan data jabatan itu mendedahkan bahawa tertuduh memasuki negara ini pada 20 Ogos 2015 melalui Pos Kawalan Labu dan diberikan pas melawat yang sah sehingga 3 September 2015.

Tertuduh kemudian telah memperbaharui tempoh pas melawat itu di cawangan imigresen Daerah Tutong, dan dilanjutkan tempoh sehingga 14 Mei 2016 namun tiada rekod pelanjutan tempoh dibuat selepas itu meskipun tertuduh mendakwa, dia telah memberikan pasportnya kepada seseorang yang bernama ‘Rupi’ untuk membantunya melanjutkan tempoh pas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA