Wanita Vietnam dijatuhi hukuman penjara 15 bulan

Wanita Vietnam dijatuhi hukuman penjara 15 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara selama 15 bulan ke atas seorang wanita Vietnam yang masuk dan tinggal di Brunei Darussalam selepas dia ditegah daripada memasuki negara ini.

Nguyen Thi Ly, 36, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah di bawah Seksyen 36 Akta Imigresen, Penggal 17 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi tiga tahun serta denda $6,000.

pg06_151215_mahkamah logo

Tertuduh sebelum ini telah disenaraikan sebagai pendatang yang dilarang dari memasuki Brunei selepas dia disabit di bawah kesalahan imigresen pada 22 Mei 2014 dan dijatuhi penjara selama setahun.

Pada 7 Disember 2015, tertuduh memasuki negara ini melalui Limbang dengan bantuan seseorang bernama ‘Ah Long’ dengan bayaran $100.

Tertuduh bagaimanapun ditangkap pada 8 Disember di kawasan Jerudong.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA