Wanita warga asing hadapi dakwaan buang anak damit

Wanita warga asing hadapi dakwaan buang anak damit

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Nov – Seorang wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membuang anak damitnya yang baru lahir.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Marsina berusia 21 tahun yang dipercayai ibu kepada anak damit lelaki yang dibuang di rumah kosong di Jalan Tanjung Selasih, RPN Kampung Mengkubau, pada 9 November 2016.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin mengemukakan dakwaan mengikut seksyen 317 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

ARTIKEL YANG SAMA