Wanita warga Indonesia didakwa buang anak

Wanita warga Indonesia didakwa buang anak

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161115_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Nov – Seorang wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membuang anak damitnya yang baru lahir.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Marsina berusia 21 tahun yang dipercayai ibu kepada anak damit lelaki yang dibuang di rumah kosong di Jalan Tanjung Selasih, RPN Kampung Mengkubau, pada 9 November 2016.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 317 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya memohon untuk tertuduh ditahan reman bagi membolehkan polis mendapatkan keterangan daripada tertuduh.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 17 November untuk sebutan dan memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman dan mendapatkan rawatan perubatan di Hospital RIPAS.

Kes penemuan anak damit lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat itu menjadi viral di WhatsApp apabila anak damit itu ditemui ditinggalkan di belakang sebuah rumah di RPN Kampung Mengkubau pada 9 November.

Laporan penemuan anak damit itu dibuat oleh seorang wanita tempatan di Balai Polis Muara.

ARTIKEL YANG SAMA