Waqi KBT Amazing Power Destroyer muncul juara

Waqi KBT Amazing Power Destroyer muncul juara

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Kejohanan Dart tiga orang sepasukan anjuran Kelab combine.com dengan kerjasama Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berlangsung mulai 30 Ogos sehingga 1 November 2015 di Dewan Golf Mentiri. Sebanyak 41 pasukan dari semua empat daerah menyertai kejohanan tersebut yang dibahagikan kepada 16 kumpulan.

Pasukan Waqi KBT Amazing Power Destroyer yang diwakili oleh Pengiran Mohammed, Abbas Suaji dan Mohammad Hairulazman dinobatkan sebagai juara keseluruhan yang menewaskan pasukan KGA Dshield 2 di peringkat akhir dengan kiraan 4 mata berbalas 3 mata yang ditentukan oleh ‘tiebreak’ berpasukan.

Juara membawa pulang hadiah $500.00 berserta piala iringan dan sijil penyertaan serta piala pusingan.

Sesi bergambar ramai pasukan Waqi KBT Amazing Power Destroyer bersama pasukan KGA Dshield 2.
Sesi bergambar ramai pasukan Waqi KBT Amazing Power Destroyer bersama pasukan KGA Dshield 2.

Sementara itu naib juara membawa pulang hadiah $250.00 berserta piala dan sijil. Tempat ketiga dan keempat diraih pasukan KGA Dshield 3 dan pasukan TJHH Independant masing-masing menerima hadiah $100.00 berserta piala dan sijil.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh pengerusi kejohanan, Muhammad Jefri bin Haji Abdul Hamid.