Waran tangkap pejuang IS

Waran tangkap pejuang IS

CANBERRA, Australia, 18 Jun (Agensi) – Polis Australia mengeluarkan satu waran tangkap hari ini ke atas seorang doktor Australia yang kelihatan terlibat dalam video pengambilan ahli gerakan Negara Islam (IS) menegaskan ahli-ahli profesional perubatan untuk menyertainya di Syria.

Tareq Kamleh, kelahiran Australia berusia 29 tahun dan seorang doktor bertauliah yang telah bekerja di beberapa hospital awam di Australia kelihatan dalam satu video April lalu menerangkan kerja perubatannya di Syria sebagai satu “Jihad untuk Islam.”

Dia yang dilahirkan separuh Palestin (bapa) dan separuh German (ibu), yang telah membesar di pesisiran barat Australia di Perth, mengatakan hanya satu kekesalannya meninggalkan Australia tahun lepas untuk menyertai gerakan IS iaitu dia tidak pergi lebih awal.

Polis Negara Australia berkata dalam satu kenyataan bahawa Kamleh yang sekarang menggunakan nama Abu Yusuf al-Australi, akan ditahan sekiranya dia pulang ke Australia atas tiga tuduhan pengganasan yang boleh didenda maksimum penjara 45 tahun.

Tuduhan itu termasuk menjadi ahli dan pengambilan ahli organisasi pengganas.

Dia juga menghadapi beberapa dakwaan di bawah undang-undang baru pencegahan pengganas kerana berada di zon pengganas, kubu kumpulan IS di wilayah al-Raqqa, Syria. Australia melarang perjalanan ke al-Raqqa pada Disember dan ke bandar Mosul, Iraq pada Mac.

ARTIKEL YANG SAMA