Ward tambah derita Blues

Ward tambah derita Blues

LONDON, 30 Ogos (AFP) – Joel Ward muncul wira Crystal Palace apabila menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Chelsea yang juga kejutan besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, semalam.

Ini adalah kali kedua dalam 100 perlawanan kendalian Jose Mourinho, skuad The Blues tewas di laman sendiri di Barat London itu.

Keputusan itu juga bermakna, Chelsea sudah tewas dua kali dalam saingan liga musim ini selepas kali pertama kepada pesaing utama, Manchester City dua minggu lalu.

Keputusan itu sekali gus meletakkan mereka hanya berjaya mengumpul empat mata selepas empat aksi. Sebagai perbandingan, The Blues hanya tewas tiga perlawanan musim lalu untuk menjadi juara liga.

Palace mendahului menerusi Bacary Sako pada minit ke-65 sebelum disamakan oleh pemain gantian, Falcao pada minit ke-79. Ward muncul wira Palace selepas itu apabila tandukannya dua minit selepas itu memastikan kemenangan 2-1.

Wira Crystal Palace, Joel Ward meraikan jaringan keduanya semasa menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, semalam. – Reuters
Wira Crystal Palace, Joel Ward meraikan jaringan keduanya semasa menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, semalam. – Reuters

Ini adalah kemenangan pertama pasukan itu di stadium berkenaan sejak 1982. Chelsea, tanpa John Terry kerana digantung, bermula perlahan tetapi akhirnya menemui rentak mereka.

Selepas tekanan padu tanpa mendapat peluang untuk menguji penjaga gol Crystal Palace Alex McCarthy, Pedro hampir menjaringkan gol apabila tendangannya melantun pada minit ke-21.

Willian gagal menemui sasaran untuk Chelsea sebelum Sako memaksa mencemaskan penjaga gol.

Satu hantaran menemui Sako, yang menjaringkan gol kemenangan pada penampilan sulungnya minggu lepas, dan rembatan rendah dari sudut berjaya dipesongkan oleh kaki Thibaut Courtois.