Wardatul Jannah juarai pertandingan rawi wanita

Wardatul Jannah juarai pertandingan rawi wanita

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas, baru-baru ini, telah mengelolakan Pertandingan Rawi Bahagian Wanita Peringkat Saringan bagi Zon 3A Daerah Brunei dan Muara yang diadakan di masjid berkenaan.

Menurut kenyataan jawatankuasa takmir masjid berkenaan, hanya dua pasukan menyertai pertandingan berkenaan iaitu Pasukan Wardatul Jannah dari Kampung Bunut yang muncul juara pertandingan dan Pasukan Khairu Imtiyaz dari Kampung Kilanas.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Pemenang Rawi Wanita, Pasukan Wardatul Jannah dari Kampung Bunut.
Pemenang Rawi Wanita, Pasukan Wardatul Jannah dari Kampung Bunut.

ARTIKEL YANG SAMA