Warga ABDB bertahlil di Kubah

Warga ABDB bertahlil di Kubah

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Kementerian Pertahanan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah hari ini menyertai warga ABDB dalam Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis anjuran Kementerian Pertahanan itu diadakan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan turut disertai lebih 200 orang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, komandan-komandan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Mejar Ariffin bin Amit.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, unit-unit Angkatan Tentera ABDB juga mengadakan Majlis Bertahlil yang sama secara berasingan dan diketuai oleh pemerintah-pemerintah tentera masing-masing.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih semasa menghadiri majlis berkenaan.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih semasa menghadiri majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA