Warga ABDB kendali Majlis Khatam sempena Keputeraan Baginda Sultan ke-69

Warga ABDB kendali Majlis Khatam sempena Keputeraan Baginda Sultan ke-69

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Sebagai tanda syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya dalam memberikan nikmat kesihatan, lanjut usia dan keimanan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun.

Majlis yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison itu dihadiri oleh Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera, para pengarah, pegawai dan anggota ABDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Zuhur berjemaah, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran, takhtim dan doa khatam serta diteruskan dengan laungan dikir marhaban.

Antara warga ABDB yang ikut serta di Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun.
Antara warga ABDB yang ikut serta di Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun.

pg12_150714_d

ARTIKEL YANG SAMA