Warga ABDB terima ‘Kurma Kurnia Peribadi’

Warga ABDB terima ‘Kurma Kurnia Peribadi’

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Para pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison, petang tadi, telah menerima Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis pengagihan yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison.

Pengagihan buah kurma telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah, seterusnya mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika menyempurnakan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi kepada kalangan warga ABDB.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika menyempurnakan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi kepada kalangan warga ABDB.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bersama anggota tentera lain hadir pada majlis itu.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bersama anggota tentera lain hadir pada majlis itu.
Antara anggota tentera wanita yang hadir pada majlis pengagihan kurma itu.
Antara anggota tentera wanita yang hadir pada majlis pengagihan kurma itu.

Pemerintah ABDB kemudiannya menyerahkan ‘Kurma Kurnia Peribadi’ kepada Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, para pengarah tentera, ketua-ketua, pegawai serta wakil setiap jabatan arah dan unit di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan.

Sejumlah 154 tan metrik buah kurma jenis ‘Safawi’ iaitu 513,333 kotak kecil diagih-agihkan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di neg ara ini sempena menjelangnya bulan Ramadan pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA