Warga Aker Solution derma darah

Warga Aker Solution derma darah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 30 Okt – Syarikat Aker Solution mengadakan Kempen Derma Darah dikendalikan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, sempena memperingati Hari Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) Sedunia di ibu pejabatnya di Perindustrian Ringan hari ini.

Kempen derma darah itu disertai pegawai dan kakitangannya bertujuan memberikan sokongan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Sempena Hari HSE Sedunia itu juga, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh ibu pejabat dan cawangan syarikat itu di seluruh dunia manakala di sini, ia bertemakan ‘Minggu Keprihatinan’ bagi menggalakkan warganya menderma darah, meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya kesihatan, keselamatan dan alam persekitaran di tempat kerja.

Antara yang menyertai Kempen Derma Darah Syarikat Aker Solution.
Antara yang menyertai Kempen Derma Darah Syarikat Aker Solution.