Warga AS bertemu semula keluarga

Warga AS bertemu semula keluarga

WASHINGTON, 19 Jan – Warga Amerika Syarikat (AS) yang dibebaskan Iran minggu lalu berjaya dipertemukan dengan keluarga mereka di pangkalan tentera Amerika di Jerman.

Namun waris kepada seorang lagi tawanan AS meluahkan kekecewaan kerana tidak dibebaskan.

Dalam satu pertukaran tahanan, Tehran membebaskan empat banduan yang memiliki dua kerakyatan Iran-Amerika, manakala warga Amerika kelima dibebaskan secara berasingan.

Sebagai pertukaran, Washington memberi pengampunan kepada tujuh warga Iran, serta menarik balik notis tangkapan antarabangsa ke atas 14 rakyat negara itu.

Pertukaran banduan itu dilakukan selepas pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan Iran sudah menghentikan aktiviti bom nuklear mereka secara serta-merta dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU) menarik balik sekatan ekonomi ke atas mereka. – AFP