Warga AS menentang IS maut di Syria

Warga AS menentang IS maut di Syria

TRIPOLI/WASHINGTON, 11 Jun (Reuters) – Seorang warga Amerika Syarikat terbunuh di Syria, menurut jurucakap Jabatan Negara semalam, sambil enggan memberikan butiran lanjut.

Jurucakap Jabatan Negara Jeff Rathke mengenal pasti lelaki warga AS tersebut sebagai Keith Broomfield.

NBC News melaporkan Broomfield berada di Syria berjunag bersama-sama tentera Kurdish menentang para militant Negara Islam (IS). Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan dengan segera kenapa Broomfield berada di Syria.

Akaun media social milik kumpulan pejuang Kurdish melaporkan mengenai kematian Broomfield, sambil berkata beliau terbunuh berhampiran Bandar sempadan Kobani, kata NBC.

Ia menambah bahawa tentera Kurdish, dikenali sebagai Kesatuan Melindungi Rakyat Kurdish atau YPG, masih belum secara rasmi mengesahkan kematian tersebut. NBC berkata seorang pegawai Kurdish memberitahu rangkaian berita itu seorang warga AS yang menyertai pejuang Kurdish maut ketika bertempur dengan IS tetapi enggan memberikan namanya.