Warga asing cedera dalam kemalangan

Warga asing cedera dalam kemalangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Seorang pemandu trak warga asing mengalami kecederaan dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Sultan Hassanal Bolkiah hala Bandar Seri Begawan petang tadi.

Pemandu berusia 48 tahun itu telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akibat kecederaan di bahagian tangan.

Kemalangan berkenaan juga melibatkan dua buah kereta lain iaitu kereta sedan dan MPV, masing-masing dipandu oleh lelaki dan wanita tempatan, bagaimanapun kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan polis.

Trak (kanan) kelihatan terbalik di lebuh raya menuju ke Bandar Seri Begawan.
Trak (kanan) kelihatan terbalik di lebuh raya menuju ke Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA