Warga asing ditahan miliki barangan tegahan

Warga asing ditahan miliki barangan tegahan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160111_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Mahkamah Majistret, semalam, menolak pengakuan bersalah seorang lelaki warga Malaysia atas kesalahan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan namun menerima pengakuan bersalah atas pertuduhan memiliki minuman keras.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menolak pengakuan bersalah Yap Boon Keng, 43, atas kesalahan memiliki rokok sebaik mendengar kata-kata defendan bahawa dia telah pun memaklumkan kepada pegawai kastam yang dia hendak mengisytiharkan rokok yang ingin dibawanya masuk ke negara ini.

Defendan memberitahu mahkamah bahawa dia keliru apabila dua orang pegawai kastam memberi jawapan yang berbeza sama ada dia boleh membawa masuk rokok tersebut, di mana akhirnya pegawai kastam memutuskan bahawa dia tidak boleh membawa masuk rokok-rokok itu.

“Defendan nampaknya berusaha untuk bertanya dan mengisytiharkan sejumlah rokok yang dibawanya dan ini boleh dianggap sebagai membela diri,” kata Majistret Azrimah yang turut mengarahkan siasatan dijalankan, dan menetapkan 30 Januari untuk sebutan semula.

Yap Boon Keng didakwa memiliki tujuh karton rokok, dua botol arak dan 36 tin minuman keras di dalam keretanya ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 6 Januari.

Defendan dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA