Warga asing jadi sasaran penculikan

Warga asing jadi sasaran penculikan

MANILA, 22 Sept (Reuters) – Dua pelancong Kanada, seorang pengurus resort Norway dan seorang wanita Filipina telah diculik oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali dari sebuah pulau peranginan popular di selatan Filipina, demikian menurut tentera hari ini.

“Empat orang telah diculik tetapi kita tidak tahu dalang kumpulan disebalik serangan ini,” Caber memberitahu pemberita. Beliau berkata kira-kira 30 pelancong asing di resort pada masa serangan itu.

“Kelihatan warga asing menjadi sasaran, mereka tidak diculik secara rawak,” katanya.

Caber berkata warga asing yang diculik dikenal pasti sebagai John Ridsdel dan Robert Hall dari Kanada dan Kjartan Sekkingstad, pengurus Norwegian resort. Sementara wanita Filipina itu tidak dikenal pasti.

“Dua pelancong Jepun cuba untuk campur tangan tetapi gagal,” kata salah satu sumber. Lelaki bersenjata itu melarikan diri ke arah tanah besar Mindanao bersama tawanan mereka, kata sumber itu.

ARTIKEL YANG SAMA