Warga asing kalangan 18 maut dalam nahas jalan raya

Warga asing kalangan 18 maut dalam nahas jalan raya

MUSCAT, 1 Mac (AFP) – Pelanggaran bertembung melibatkan sebuah trak dan bas telah membunuh 18 orang pelbagai kerakyatan di barat Oman hari ini, menurut polis.

Manakala seramai 16 orang juga mengalami cedera dalam kemalangan yang berlaku pada subuh hari di sebatang jalan antara Ibri dan Fahud, menurut polis dalam satu kenyataan.

Bas itu membawa penumpang dari Salalah di barat daya Oman ke Dubai, lapor Times of Oman, memetik Syarikat Pengangkutan Teluk yang mengoperasi perkhidmatan itu.

Gambar yang diperolehi oleh polis Oman menunjukkan orang ramai dan polis berkumpul di tapak nahas jalan raya yang berlaku pada awal pagi 1 Mac. – AFP
Gambar yang diperolehi oleh polis Oman menunjukkan orang ramai dan polis berkumpul di tapak nahas jalan raya yang berlaku pada awal pagi 1 Mac. – AFP

Yang terkorban termasuk enam warga Oman, empat Arab Saudi, dua Pakistan dan seorang Yaman, menurut polis, menambah bahawa yang cedera itu termasuk 11 Oman, dua Saudi, seorang China dan seorang Pakistan. Kerakyatan seorang lelaki dalam penjagaan rawatan rapi masih lagi belum diketahui.

Kedua-dua kenderaan itu berlanggar secara berhadapan di kawasan padang pasir, kata Leftenan Kolonel Saeed al-Dawoudi dalam satu kenyataan, menambah bahawa sebuah kereta kemudian terlibat sama dalam kemalangan itu.