Warga asing kena denda $750

Warga asing kena denda $750

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $750 ke atas seorang lelaki warga Malaysia atas kesalahan memiliki peralatan yang digunakan untuk mengambil dadah.

Memandangkan tertuduh bukan warga tempatan, Pemangku Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengarahkan Rosli bin Tuah untuk membayar denda hari ini, dan jika gagal akan berdepan satu bulan penjara.

Pegawai Pendakwa Biro Kawalan Narkotik, Sofimah memberitahu mahkamah bahawa tertuduh ditahan oleh sepasukan pegawai narkotik pada 11 Jun 2014 kira-kira jam 1:35 petang di Pos Kawalan Labu, Temburong.

Pemeriksaan ke atas beg sandang yang dimiliki tertuduh menemui peralatan yang digunakan untuk memakan dadah yang mana setelah dianalisis mendapati ia mengandungi kesan Methylamphetamine.