Warga asing salah guna pas Imigresen

Warga asing salah guna pas Imigresen

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Bertindak atas maklumat yang terkumpul, sepasukan pegawai dari Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas dua buah premis restoran di Kianggeh, yang dipercayai mengambil pekerja warganegara asing yang menyalahgunakan pas Imigresen.

Dalam pemeriksaan pertama mendapati seorang lelaki dipercayai bekerja dan menyalahgunakan pas Imigresen di salah sebuah restoran yang menyediakan makanan bagi orang bukan Islam dan sasaran kedua mendapati dua orang wanita juga dipercayai bekerja menyalahgunakan pas Imigresen.

Serbuan Ops CEKUP JIPK 51/2015 hari ini yang diketuai oleh Pegawai Imigresen Kanan itu turut disertai 14 pegawai dan Pas Khas telah dikeluarkan kepada lelaki dan dua perempuan tersebut. Pasport mereka turut ditahan manakala dua surat panggilan dikeluarkan kepada majikan mereka bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, para majikan diingatkan sentiasa memastikan tempoh pas imigresen pekerja masih sah kerana adalah menjadi kesalahan sekiranya pekerja tersebut bekerja sedangkan pas telah mansuh. Jika sabit mansuh, pekerja itu akan diusir setelah dipenjara dan secara pentadbiran akan di senarai hitamkan.

Lelaki warga asing yang didapati bekerja di restoran yang menyediakan makanan bagi orang bukan Islam.
Lelaki warga asing yang didapati bekerja di restoran yang menyediakan makanan bagi orang bukan Islam.

Manakala itu, majikan yang mengambil bekerja warganegara asing yang bukan atas jaminan mereka atau “Amah Pinjam/pemegang pas melawat” akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan boleh denda tidak kurang dari B$3,000 bagi setiap kesalahan Imigresen.

ARTIKEL YANG SAMA